Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengubah nadanya berkaitan isu Israel-Palestin dengan memberi amaran kepada Israel berkaitan arahan pembinaan penempatan baharu yang dikeluarkan rejim Zionis sebelum ini. Donald Trump berkata pembinaan tersebut "tidak akan membantu" di dalam usaha menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
"Walaupun kami percaya bahawa penempatan sedia ada tidak mengancam proses damai, pembinaan penempatan baharu ataupun peluasan penempatan sedia ada di luar sempadan semasa mereka tidak akan membantu (proses damai)," kata jurucakap Rumah Putih, Sean Spicer pada hari Khamis.
Kenyataan itu dilihat sebagai sebuah perubahan nada daripada Donald Trump sendiri yang sebelum ini sangat tegas dengan pendiriannya di dalam menyokong rejim Zionis, khususnya di dalam isu pembinaan penempatan haram Israel di kawasan yang didudukinya di wilayah Palestin.
3 Februari 2017 - 20:12
News ID: 809276
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengubah nadanya berkaitan isu Israel-Palestin dengan memberi amaran kepada Israel berkaitan arahan pembinaan penempatan baharu yang dikeluarkan rejim Zionis sebelum ini. Donald Trump berkata pembinaan tersebut "tidak akan membantu" di dalam usaha menyelesaikan konflik Israel-Palestin.